Pages

Blog Archive

Thursday, February 10, 2011

There's no " SPACE " in my " BAR " Anymore !

Lama dah tak up date blog . bukan apa , salah satu puncanya adalah Laptop aku dah kena tarik balik dengan kakak aku . Sebab dia dah buat bisnes baru , menggunakan laptop . Aku pinjam je laptop tu dari dia . Dan laptop itu tak laju mana pun dan membuatkan aku lagi malas nak buat apa apa pun . Juga tiada " SPACEBAR " . Aku gagah je gunakan juga . Orang cakap syukur atas apa yang kita ada . =D

Selepas beberapa hari aku kebosanan dan juga hampir beku otak aku tidak membuat apa apa di rumah . Kakak pertama aku mengajak aku pergi ke sogo untuk tengok tengok laptop jikalau ada yang boleh bayar bulan . Sampai di sudut SONY VAIO , Aku dah seronok sebab dia cakap boleh bayar bulan , Aku nak warna kuning tapi tiada dekat situ . Aku pun target lah warna putih tu . Sekali tanya punya tanya . Tak boleh pula . SUMPAH kecewa time tu :(

Lepas tu kakak aku cakap , " Nak buat macam mana , Tiada rezeki " Aku pun cakap lah " Hmm redha jer lah " . Lepas tu masa aku dah sampai rumah , tengah mandi , mak aku ketuk pintu " arip buka pintu , ayong telefon " Rupanya kakak aku ajak keluar minum jer .

Sembang punya sembang , Abang ipar aku tanya laptop berapa harga . Aku pun terangkan la kesemunya . Lepas aku habis terangkan , dia campak duit atas meja dan siap cakap " Tu ada 1.8k , kalau tak cukup , pandai pandai lah kau tambah "

Ya allah semoga kau murahkan rezeki beliau :'D . Kegembiraan tu sukar nak dijelaskan . 
Cakap banyak tak guna . 

Laptop yang dulu dan kin aku pakai sekarang ( Gambar dari google je )


Photobucket
Laptop lama saya :D
Hp 520

Photobucket
Alhamdulilah yang baru inilah dia
Hp g42


( P/s : Saya akan belajar dengan tekun dan tidak akan malas malas lagi selepas ini , Terima kasih banyak banyak kepada abang ipar dan juga kakak saya . Tidak lupa juga keluarga tercinta :D )

No comments:

Post a Comment